Home > Sport (Malay) > Sukan SEA (Bolasepak): Kim Swee minta anak buah anggap aksi final

Sukan SEA (Bolasepak): Kim Swee minta anak buah anggap aksi final

Ong Kim Swee

PERLAWANAN terakhir peringkat Kumpulan A diibarat final oleh jurulatih skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee yang mahu anak buahnya menggandakan usaha apabila turun menentang Indonesia, hari ini.

Skuad Harimau Muda yang kini menghuni tangga kedua dengan tujuh mata, dua di belakang tuan rumah yang hanya bermain untuk memastikan kedudukan teratas, memerlukan sekurang-kurangnya satu mata ke separuh akhir.

“Sasaran kami adalah untuk menang tanpa perlu bergantung kepada keputusan Thailand-Singapura,” kata Kim Swee sebelum sesi latihan terakhir, semalam.

“Walaupun hanya memerlukan satu mata, kami tetap mahu memburu kemenangan kerana menentang Indonesia, banyak faktor perlu diberi perhatian oleh pemain.

“Secara fizikal, pemain kita sudah bersedia. Apa yang penting mereka memahami tugas masing-masing apabila masuk ke padang nanti. Paling penting mereka perlu bekerja lebih keras berbanding perlawanan sebelumnya.”

Sepanjang tiga perlawanan lalu – menentang Singapura, Thailand dan Kemboja – Kim Swee menggunakan kombinasi berbeza di barisan depan dengan A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan dicuba sebagai penyerang tunggal pada setiap perlawanan.

“Setiap lawan kita temui berbeza secara taktikal, jadi saya akan mencorak strategi berdasarkan kekuatan dan kemampuan pemain kita pada posisi tertentu.”

Sumber: BH

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: