Home > Sport (Malay) > Sukan SEA : ‘Kuasa wanita’

Sukan SEA : ‘Kuasa wanita’

JELAS, ‘kuasa wanita’ mendominasi pungutan pingat emas kontinjen negara, semalam apabila enam daripada sembilan dituai di Palembang dan Jakarta adalah milik atlit wanita negara.

Apapun, sukan akuatik paling menyerlah untuk kontinjen negara dengan tiga menyusul daripada acara renang dengan dua menyusul daripada terjun.

Wanita yang gah di kalungkan emas adalah Khoo Cai Lin, Siow Yi Ting (renang), Cheong Jun Heong (terjun), Nur Suryani Taibi (menembak) dan Noraseela Khalid, Roslinda Samsu (olahraga).

Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Pusat Akuatik Jakabaring, malam tadi apabila skuad renang mempamer taring mahu memenuhi sasaran empat emas.

Khoo Cai Lin yang sekadar meraih perak 400 meter gaya bebas wanita kelmarin, bangkit memenangi emas pertama negara dalam acara 800m gaya bebas wanita dengan masa 8 minit 50.17 saat, menewaskan perenang Thailand, Natthanan Junkraja (8:55.51s) dan Raina Saumi dari Indonesia (9:02.81s).

Langkah emas itu kemudian diikuti Kevin Yeap yang mencatat 3:55.07s dalam acara 400m gaya bebas lelaki menangkis cabaran pesaing terdekatnya Sarit Tiewong (Thailand) yang merekodkan 3:55.95s dan pemenang gangsa, Matthews Jeremy (Singapura) 3:58.48s.

Pingat emas lain negara disumbang Bryan Nickson Lomas (terjun) dan Cheng Su Sian (memanah).
Saya tidak sangka menang kerana lebih menggemari acara jarak jauh, namun saya tetap berpuas hati dengan masa yang dicatatkan iaitu hanya dua saat lebih perlahan untuk mengatasi rekod kebangsaan yang dicatatkan Daniel Bego pada temasya di Laos lalu.

“Ketika itu, Daniel mencipta rekod kebangsaan dengan menggunakan sut renang yang kini tidak lagi boleh digunakan dan saya gembira dapat merekodkan masa hari ini (semalam) tanpa bantuan sut,” katanya yang memenangi emas pertama sepanjang tiga penyertaannya di Sukan SEA.

Emas ketiga negara dimenangi Siow Yi Ting yang mempertahankan pingat emas 100m kuak dada wanita dengan catatan 1:10.55s, diikuti seorang lagi perenang negara, Christina Loh (1:10.57s) manakala gangsa dimenangi perenang Thailand, Chavunnooch Salubluek (1:11.69s).

Sumber: BH

Advertisements
  1. November 19, 2011 at 4:34 pm

    I like Your Article about Sukan SEA : ‘Kuasa wanita’ Buletin Terkini Perfect just what I was looking for! .

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: