Home > Sport (Malay) > Sukan SEA (Olahraga): 4 wira emas

Sukan SEA (Olahraga): 4 wira emas

LEE Hup Wei meraih emas dengan membuat lompatan 2.15m.

Lompat tinggi, 4x400m, terjun menjadi penyumbang kontinjen

JAGUH lompat tinggi, Lee Hup Wei merakamkan hatrik Sukan SEA apabila memenangi pingat emas ketiga berturut-turut sejak 2007 acara lelaki di Jakarta, semalam pada hari yang menyaksikan acara terjun menjadi penyumbang terbesar dengan dua emas.

Selain kejayaan Hup Wei, olahraga turut menyumbang satu lagi emas menerusi kuartet lelaki 4×400 meter lelaki manakala jaguh terjun wanita, Leong MunYee turut melakar nama di Palembang apabila mengutip emas kedua peribadi selepas bergandingan dengan Traisy Vivien Tukiet memenangi acara 10m platform berirama wanita.

Terdahulu, gandingan Bryan Nickson Lomas-Yeoh Ken Nee membuka pungutan emas untuk negara apabila mengungguli acara 3m papan anjal seirama lelaki.

Ia menjadikan keseluruhan 13 emas sudah dikutip kontinjen Malaysia selepas empat hari bertanding untuk berada di tangga kelima kedudukan pingat di belakang Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Apapun, suasana menjadi muram dalam skuad karate negara yang gagal menambah koleksi emas selepas perak dan gangsa dalam acara Kumite berpasukan wanita dan lelaki untuk pulang dengan keseluruhan 4-2-8 bagi edisi kali ini.

Sumber: BH

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: