Home > Sport (Malay) > Sukan SEA (Bola Sepak): ‘Tewaskan Indonesia’

Sukan SEA (Bola Sepak): ‘Tewaskan Indonesia’

AKSI Baddrol Bakhtiar (kiri) ketika menjaringkan gol pertama Malaysia menentang Thailand minggu lalu.

Sejak menentang Kemboja kami diejek penyokong tuan rumah: Badd

SEMANGAT kapten skuad bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar berkobar-kobar ketika ini dan mesej kepada setiap rakan sepasukan adalah turun ke gelanggang dan menewaskan tuan rumah, Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan A, Khamis ini.

“Tumpuan utama kami ialah menewaskan Indonesia di hadapan penyokong nanti,” kata pemain Kedah itu yang jelas tidak mempedulikan provokasi penyokong tempatan sejak perlawanan pertama menentang Singapura 9 November lalu.

“Sejak menentang Kemboja lagi, kami diejek sebaik mendapat bola tetapi saya dan rakan-rakan menjadikan itu sebagai motivasi bertindak lebih bersemangat mencari kemenangan. Saya anggap ia sebagai sokongan kepada kami.
“Pada tiga perlawanan lalu, kami seakan-akan bermain di Singapura, Thailand dan kemudian Kemboja walaupun semuanya berlangsung di Gelora Bung Karno apabila penyokong tempatan memberi sokongan padu kepada lawan kami.

“Namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat kami terus memburu kemenangan. Walaupun sekadar perlu seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kami akan berusaha menamatkannya dengan kemenangan.”

Baddrol yang turut membarisi skuad bawah 23 kendalian Datuk K Rajagobal dua tahun lalu di Laos kini menjadi taruhan Ong Kim Swee untuk memimpin rakan sepasukan melakar gemilang pada edisi kali ini.
Dia yang menjadi tonggak utama skuad kendalian Kim Swee sudah meledak dua gol selepas tiga perlawanan, menjadikan lima gol sudah dijaringkan pemain itu sepanjang mewakili negara dalam temasya Sukan SEA.

“Saya yakin kemampuan pasukan ini…percayalah,” kata Baddrol.

Sumber: BH

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: