Home > Malay (General) > BN bersarapan wang, bukan nasi!

BN bersarapan wang, bukan nasi!

Khalil Idham Lim

by Zainal Abidin Nor

Mereka tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim menyifatkan kerakusan pemimpin UmnoBarisan Nasional (BN) membolot projek bernilai berjuta-juta ringgit dan menyelewengan dana yang diberi menyerlahkan sifat gelojoh mereka.

“Mereka ni (pemimpin-pemimpin BN) sungguh menyusahkan rakyat dan seolah-olah mereka bersarapan dengan wang dan bukan makan nasi,” katanya dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada FMT.

Beliau merujuk kepada skandal terbaru melibatkan peruntukan dana sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu di Gemas, oleh  syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Khalil Idham, memandangkan Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir maka disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama ini menyusahkan rakyat.

Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan,” kata beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak.

Beliau berkata, “(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya diam membisu sedangkan wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin ‘haprak’ BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramai rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.

“Ironinya penjelasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak. Malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.

Beliau menambah, “sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit.

“Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tinggal di kondo mewah?,” sindir beliau.

Katanya, disinilah kita dapat lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberi hujah yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan.

“Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan negara tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia,” ujarnya.

Sumber: FMT

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: