Home > Malay (General) > Tubuh PSC, muslihat Najib

Tubuh PSC, muslihat Najib

Khalil Idham Lim

Setakat ini tidak ada tanda-tanda positif bahawa segala penyelewengan dalam pilihan raya dapat diperbetulkan dalam masa terdekat ini.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik proses pilihan raya adalah muslihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menipu dan mengaburi mata rakyat dan bertujuan meraih undi simpati.

Ketika membuat dakwaan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda positif bahawa segala penyelewengan dalam pilihan raya dapat diperbetulkan dalam masa terdekat ini.

“Demokrasi ala Barisan Nasional (BN) saya anggap tidak ubah seperti budak tadika,” kata beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak dan AJK Badan Perhubungan PAS negeri dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar beliau, “saya mecadangkan kepada anggota-anggota Pakatan Rakyat yang berada dalam PSC segera mengundurkan diri sebagaimana hasrat awal Pakatan yang tidak berminat untuk bersama PSC tersebut. Langkah tersebut adalah untuk memulau PSC disebabkan keangkuhan BN itu sendiri.”

Rekod BN selama memerintah itu sendiri membuktikan kepada kita bahawa mereka BN memang buruk dari segi tingkah laku dan pekerti mereka. Bukan mudah mereka menerima pandangan orang lain selagi pandangan itu tidak menguntungkan mereka.

Khalil Idham berkata, PSC dari awal lagi memberi gambaran bahawa ia cuma memenuhi desakan rakyat yang bersifat reda sementara dan tindakan penubuhan tersebut cuma bermotif sandiwara sahaja.

“Demi maruah dan kuasa rakyat, negara memerlukan seluruh warganya melakukan perubahan, saya sifatkan perubahan ini amat signifikan kerana situasi negara di bawah pentadbiran BN nampaknya sudah semakin kronik.

“Perubahan drastik amat diperlukan bagi menjamin hak rakyat bagi menuntut dan merasai sendiri pilihan raya yang adil dan demokratik khususnya pada Pilihan Raya Umum  ke 13 nanti.

Sumber: FMT

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: