Home > Malay (General) > ‘Nampak kuman di seberang laut’

‘Nampak kuman di seberang laut’

Mohd Zulfikar

oleh Michael Kaung

Ramai pemimpin Umno dan BN seolah-olah sudah buta mata dan telinga serta mati akalnya, kata pemuda PAS Sabah.

KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai “nampak kuman di seberang laut, gajah didepan mata tidak dipandang”.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan mendakwa, ramai pemimpin Umno dan BN seolah-olah sudah buta mata dan telinga serta mati akalnya setelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini, memetik Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebagai berkata bahawa DAP akan mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat.

Beliau turut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan oleh individu dalam parti yang mewakili Pakatan  adalah bukan keputusan tepat. Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponen Pakatan tersebut.

“Ini hanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan,” kata Zulfikar.

Menurutnya, tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan merupakan intipati utama yang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakal diambil.

“Janganlah bila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengan keputusan Pakatan…. itu tidak betul,” jelasnya.

Sambil menyoroti kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggota apprentis Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawa kerajaan Umno-BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaan penjawat awam.

“DAP belum perintah Malaysia pun lagi. Umno-BN ni dah perintah lama lebih 50 tahun, tapi isu ni pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000 anggota perintis TLDM itu?,” soalnya.

Pada 26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab mengenai penindasan terhadap anggota apprentis yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.

Bagaimanapun, lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihak berkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.

“Kenapa sampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawab isu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?,” soal Zulfikar lagi.

Sumber : FMT

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: