Home > Malay (General) > Melayu berpecah: Mahathir nyanyi lagu lama

Melayu berpecah: Mahathir nyanyi lagu lama

Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu.

“Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang dilaporkan Bernama semalam bahawa orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah.

Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, katanya hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka.

“Dulunya orang Melayu bersatu dalam satu parti hingga berjaya menentang (rancangan penubuhan) Malayan Union,” katanya semasa menjawab soalan peserta yang hadir pada syarahan perdana oleh beliau bertajuk “Pembinaan Tamadun dan Budaya Masyarakat Malaysia Ke Arah Pembentukan Sebuah Negara Maju”, di sini.

Mengulas lanjut, Idris berkata zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat.

Menurutnya, mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.

Katanya, Melayu berpecah kerana dasar Umno Putera yang sudah menjadi darah daging pemimpin Umno akhirnya Melayu yang tidak berdosa menjadi mangsa.

“Dasar inilah menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat, pada hal Kelantan sebuah negeri majoriti penduduknya Melayu.

“Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991),” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.

Menurutnya, Pusat menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 km berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 km.

Ini, ujarnya tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi.

“Kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera. Sikap yang ditunjuk oleh dasar Umno Putera menyebabkan Melayu lemah,” katanya.

Tambahnya, terbukti bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja.

Source : MC

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: