Home > Malay (General) > Hatta kesal Nazri pertahan perjanjian RM94 mil Najib-FBC

Hatta kesal Nazri pertahan perjanjian RM94 mil Najib-FBC

by  Maria Begum

Hatta

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyelar Nazri Aziz kerana mempertahankan pelantikan FBC Media, syarikat komunikasi UK oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha untuk meningkatkan minat pelancongan asing terhadap Malaysia dan menambah pelaburan asing ke negara ini.

“Ini tidak masuk akal dan menunjukkan bagaimana teruknya Umno-BN sekarang. Kenyataan Nazri itu semata-mata menyelamatkan Najib namun merupakan satu tamparan kepada Menteri Perdagangan dan juga Menteri Luar,” ujar Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli kepada Malaysia Chronicle.

“Malaysia telah menghantar banyak misi perdagangan seluruh dunia dan mempunyai banyak pejabat-perdagangan di serata dunia. Kedutaan Malaysia haruslah berada di barisan hadapan dan alasan yang diberikan bahawa ia tidak berkesan kerana kakitangannya yang bertukar setiap 4 tahun adalah alasan yang tidak masuk akal. Ia sebenarnya menandakan kelemahan dalam tadbir urus BN. Ia juga menunjukkan sistem yang digunapakai MITI juga tidak berkesan jika apa yang dikatakan Nazri itu benar. ”

Hatta, Bendahari Agung PAS, telah membangkitkan di Parlimen persoalan mengapa Najib perlu menandatangani perjanjian RM94 million dengan FBC dan apakah manfaat yang diperolehi Malaysia daripadanya.

Nazri, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata demikian bagi menjawab soalan Hatta.Menurut Nazri, FBC yang berpangkalan di London,”menyokong usaha-usaha pemimpin-pemimpin kerajaan dan menteri-menteri” untuk meningatkan imej Malaysia di luar negara.

“Strategi komunikasi adalah penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan,” kata Nazri, yang juga Ahli Parlimen Umno untuk Padang Rengas.

FBC sebagai Menteri Perdagangan , Menteri Luar dan Menteri Pelancongan Malaysia?

FBC sedang disiasat oleh pengawal selia industri komunikasi di UK, Pejabat Komunikasi (Ofcom), dan CNBC stesen penyiaran Amerika Syarikat kerana menghasilkan berita di Malaysia tanpa mendedahkan bahawa pentadbiran Najib juga adalah klien perhubungan awamnya. Ia juga menghadapi kebankrapan selepas kontraknya dengan Malaysia ditamatkan ekoran tersebarnya skandal media daripada khabar yang melaporkan urusan mereka dengan pentadbiran Najib.

FBC juga dituduh menyiarkan berita palsu mengenai imej positif Najib dan kepimpinan beliau dalam usaha untuk menangkis imej negatif dunia terhadap Najib disebabkan siasatan pihak Perancis dalam kes rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpenes dan kes pembunuhan Altantuya.

Pada tahun 2006, Malaysia menarik 17.5 juta pelancong yang menghabiskan masa kira-kira RM38 bilion dan angka itu meningkat kepada 24.6 juta pelancong yang membelanjakan RM56.5 bilion pada tahun lepas. Malaysia juga telah menarik pelaburan langsung asing bernilai RM21.3 bilion dalam separuh pertama tahun ini sahaja, berbanding dengan RM29.3 bilion tahun lepas dan hanya RM5.7 bilion pada tahun 2009 berikutan krisis kewangan global. FDI pada tahun 2008 adalah RM24.1 bilion.

“Salah satu ujian yang mudah, berapa banyak FDI yang kita terima daripada UK selepas menggunakan FBC? Bukankah ia benar-benar tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa kita telah menyadarkan sebuah syarikat perhubungan awam asing untuk melakukan semua kerja itu untuk kita? Jadi, Mukhriz, Mustapa dan Anifah dibayar gaji untuk apa? Apa pula dengan Yen Yen? ” kata Hatta yang merujuk kepada Timbalan Menteri Perdagangan, Menteri Perdagangan, Menteri Luar dan Menteri Pelancongan.

Source : MC

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: