Home > Malay (General) > Suami Dakwa Saida Curang Sehingga Rumahtangga Terabai

Suami Dakwa Saida Curang Sehingga Rumahtangga Terabai

Artis Malaysia gosip artis

Siti Norsaida Tarudin yang telah memfailkan permohonan bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman akhirnya membuka pekungnya sendiri apabila suaminya menceritakan perkara sebenar apa yang telah terjadi sebelum ini.. Menurut suami Saida, Rumah tangga mereka terabai disebabkan Saida sedang angau dengan seorang lelaki lain.. Saida juga pernah kantoi dengan suaminya ketika mereka berdua berjumpa didalam kereta…

“Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya, Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,”

“Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.”

“Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini,” (petikan dari mstar)

Suami Saida, Mohd Ghazali mendakwa disebabkan perkara itulah Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah sebulan yang lalu… Kes penceraian ini akan disebut semula pada 15 Jun depan..

MyGosip harap kes ini tidak berakhir dengan penceraian.. jika benar apa yang dikatakan oleh suami Saida ni.. MyGosip harap Saida segera la insaf dan taat pada suami serta anak-anak yang tak bersalah tu.. Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa tukan..

MyGosip.com

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: